Saturday, December 3, 2011

Selamat datang ke blog saya. Terima kasih atas sokongan pensyarah E-Learning,UPSI, ahli keluarga, teman-teman serta rakan-rakan guru. Tanpa bantuan kalian, sudah pasti blog ini tidak sempurna. TERIMA KASIH.

Tuesday, November 22, 2011

MAKLUMAT DIRI PENULIS


NAMA            : CHE FATIMAH ROSNI BT ISMAIL

NO. ID            : D20102046536

KUMPULAN : EL-D10

TAJUK           : PEMBANGUNAN BLOG

PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM ( 99 Nama Allah Yang Indah)

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM




TAJUK          :  (ASMAUL HUSNA) 99 NAMA ALLAH 

OBJEKTIF    : Setelah mengikuti pembelajaran murid dapat:
                        1. Mengetahui nama-nama Allah
                        2. Memahami setiap maksud nama-nama Allah.
                        3. Menghafal nama-nama Allah


Sebelum kita memulakan dengan 99 nama Allah yang indah itu, mari kita renungi Firman Allah seperti berikut:

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." Surah Al-A'raf, ayat 180.


          Ayat tersebut menjelaskan kepada kita tentang balasan yang akan diterima oleh setiap manusia di akhirat nanti adalah berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh kita semasa hidup di dunia. Ini bermakna setiap apa yang telah kita kerjakan akan dibalas secara adil dan saksama di akhirat kelak.


          Hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan menjadi penghuni kekal syurga Allah. Manakala bagi orang-orang yang engkar perintah Allah, maka nerakalah tempat yang paling sesuai untuk mereka. Marilah kita sama-sama memastikan diri serta keluarga sentiasa dipayungi oleh nikmat dan rahmat Allah SWT.

          Tanda-tanda hamba yang telah mendapat rahmat dan nikmat Allah itu akan kelihatan jelas pada diri kita iaitu diri sentiasa tenang, kasihkan Allah dan rasulNya, apabila mendengar ayat-ayat Allah, maka gementarlah hati mereka serta mereka mudah tersentuh bila mana mendengar nama-nama Allah disebutkan.          Firman Allah lagi:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Surah Ar-Ra'd, ayat 28.


          Jelas kepada kita bahawa tanda-tanda awal seseorang hamba itu dinaungi rahmat dan nikmat Allah adalah dengan mempunyai hati yang tenang.


           Seterusnya marilah kita bersama-sama membacakan 99 nama-nama Allah yang indah serta mengetahui maksud setiap nama Allah SWT.




          Semoga semua telah dapat mengetahui dengan jelas 99 nama Allah beserta dengan maksudnya. Marilah kita sama-sama mengalunkan Asmaul Husna dengan mengklikkan paparan 'youtube' di bawah.



          Atau anda boleh juga klik di bawah untuk versi lama 
nasyid Asmaul Husna.

 

Sebelum berakhir, marilah kita memohon kepada ALLAH S.W.T. dengan nama-namaNya Yang Maha Indah dan sifat-sifatNya Yang Maha Sempurna , agar ALLAH S.W.T. sentiasa menganugerahkan kepada kita petunjuk dan taufikNya untuk memahami dan mengamalkan kandungan dari sifat-sifat kesempurnaanNya.

Wassalam.